Drilling & Completions Technology Showcase Day 2026

Drilling & Completions Technology Showcase Day 2026

12 Ogos 2026

12 Ogos 2026

Geowell Sdn Bhd Menyertai Drilling & Completions Technology Showcase Day 2026 di Grand Ballroom, Hotel Maya KLCC

Geowell Sdn Bhd berbangga dapat menyertai Drilling & Completion Showcase 2026, di mana kami berpeluang untuk berhubung dengan para profesional industri serta mengetengahkan keupayaan, teknologi dan penyelesaian kami dalam industri minyak dan gas.

Pameran ini menyediakan platform yang berharga untuk kami berinteraksi dengan rakan-rakan industri, bertukar pandangan serta mengukuhkan hubungan dengan para profesional dalam sektor "Oil and Gas".

Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang telah mengunjungi booth kami dan meluangkan masa untuk berinteraksi dengan pasukan kami sepanjang acara berlangsung.

Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada pengalaman bermakna ini. Kami berharap dapat terus membina hubungan yang lebih kukuh serta menyokong industri melalui penyelesaian yang boleh dipercayai, inovatif dan berkesan.